Blog

Terima Kasih! Pengedaran Buku “Sihat dan Cergas”

September 29, 2015 • By • in News

Book-distrobution18 April 2015, adalah tarikh yang telah ditetapkan oleh gereja sedunia untuk mengedarkan buku yang bertajuk “Sihat & Cergas”. Sabah Mission telah memesan 80,000 naskah untuk dicetak dengan kos berjumlah RM107,000.00. Buku-buku ini kemudiannya akan diberi dengan percuma kepada orang ramai

Dalam pada itu, sepasang suami isteri telah membiayai beberapa ribu naskah buku tersebut untuk gereja mereka yang kemudiannya diagihkan kepada orang awam.  Sementara Gereja SDA Kota Kinabalu, Likas telah menempah sebanyak 3000 naskah untuk tujuan yang sama.Literature Evangelist (LE) yang berpangkalan di Pantai Barat Sabah telahpun mengedar 5000 naskah di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Youth-CampSeorang remaja ketika ditanya pengalaman mengedarkan buku tersebut berkata, “Pada mulanya saya merasa segan tetapi apabila saya melihat orang awam menerima buku itu dengan senang hati, maka saya terus bersemangat untuk mengedarnya.”

Seorang ibu pula mengatakan, “Saya melihat orang yang menerima buku itu terus membacanya, saya merasa amat senang dan gembira dengan pengalaman itu.”

Sementara itu, seorang yang menerima buku itu berkata, “Saya berterima kasih kerana mendapatkan buku percuma, dan saya percaya buku ini bermanfaat untuk saya.”

“Ramai anggota gereja yang sudah turut serta dalam pengedaran buku ini,” kata Pr. Jibil Simba, Pengarah Jabatan Penerbitan, Sabah Mission, “namun masih beberapa ribu naskah lagi belum habis diedarkan.” Pr. Jibil menyeru agar anggota-anggota gereja diseluruh Sabah dan wilayah persekutuan Labuan untuk terus melakukan pelayanan untuk mengedar buku-buku “Luar Imaginasi” dan “Sihat & Cergas” secara percuma kepada orang ramai. Agar firman Tuhan disebarkan seperti, ‘like the leaves of Autumn.’

0 Comments