Blog

Shepherdess International Training

March 8, 2020 • By • in News
Para Shepherdess bersama Datin Masnie Kula, Pastor Nelson G. Bendah, Puan Jeros June-Liah, dan Puan Rozelene Gulon

Shepherdess International Training telah diadakan pada 1 Mac 2020 di Ibupejabat Seventh-day Adventist Mission Sabah.

Shepherdess International adalah program yang dibiayai oleh General Conference Seventh-day Adventist di bawah naungan Ministerial Association untuk memenuhi keperluan khusus pasangan pastor.

Kebanyakan isteri-isteri pastor memberi sokongan positif kepada gereja secara amnya dan khususnya untuk kerja suami mereka. Namun terdapat keperluan untuk sistem sokongan yang berkesan untuk memberi galakan dan memperkasakan peranan mereka sebagai wanita, isteri, ibu dan pemimpin. Wanita-wanita yang berkomitmen ini melakukan pekerjaan yang besar untuk gereja walaupun ada waktunya mereka hanya bekerja di belakang tabir.

Syabas kepada kepada Puan Rozelene Gulon selaku Penyelaras Shepherdess International Sabah Chapter dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Datin Masnie Kula, Puan Jeros June-Liah dan Pastor Nelson G. Bendah, yang telah bersama-sama di dalam training ini.

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *