Blog

Sejarah Gereja SDA Bandar Kudat

April 4, 2016 • By • in History

Sejarah Gereja Seventh-day Adventist Bandar Kudat.

Peringkat Awal

8Pada masa itu, Kudat adalah ibu kota Borneo Utara, selepas itu dipindahkan ke Sandakan dan akhirnya di Bandaraya Kota Kinabaru yang sekarang ini.

Penginjilan di Sabah pada peringkat awalnya di daerah Kudat adalah penginjil yang berbangsa cina. Penginjil pertama adalah Pendeta Wong Tat Sang dari Hong Kong. Tidak lama kemudian berlakunya masa peperangan Jepun, bangunan untuk sembahyang telahpun dimusnahkan dan hanya tinggal tapak bangunan sahaja.

Pada masa kesukaran ini, ada seorag anggota gereja berbangsa cina yang bernama Liew Choon yang bekerja sebagai  tukang kayu di kawasan Barambangun. Dia telah berusa  membina sebuah podok kecil sebagai satu tempat perbaktian di kawasan Sikuati, pada masa itu lebih kurang mempunyai empat atau lima buah keluarga anggota gereja ( berbangsa Cina).

Selepas Pendeta Wong Tat Sang pergi dari Kudat, daerah ini tidak mempunyai pendeta buat seketika masa. Tetapi lama-kelamaan penduduk-penduduk yang berdekatan di sikuati  telahpun bergabung bersembahyang bersama-sama sehingga bilangan anggota gereja bertambah banyak.

Penginjil kedua yang menyusul adalah Pendeta Ho Vui Yee dari Hong Kong datang ke Kudat untuk mengadakan Kumpulan Umum. Beliau berkata tidak elok di Bandar kudat sekiranya tidak ada tempat untuk sembahyang. Pada masa itu ayah kepada Elder Peter Chong dengan relanya menderma sebidang tanah dijadikan tapak pembinaan gereja di Bandar Kudat. Ada seorang penginjil bernama Pendeta Oliver dari Amerika Syarikat datang ke Kudat bercadang dengan kuat supaya membina satu gereja di Bandar Kudat dengan secepat mungkin, oleh kekurangan wang dan ditunnda-tunda. Selepas berusaha daripada semua pihak dan akhirnya terdiri satu tempat Perbaktian di Bandar Kudat yang berbentuk “House church”. Presiden Sabah Mission pada masa itu adalah Pendeta Manson (1964), orang Amerika syarikat. Pada masa itu anggota gereja yang di Sikuati itu pun berhijrah bersembahyang di gereja Bandar Kudat. Pada masa itu mempunyai 7 buah keluarga yang bersembahyang di gereja ini.

Peringkat Pertengahan

2Penginjil berikut yangmenyusul adalah Pendeta Chin Kong Loi berasal dari Sandakan. Pada tahun 1972, sebuah bangunan gereja yang lengkap telahpun dibinakan. Arwah Pendeta Martin Ya’ang dan Arwah Pendeta Mahani Gindol turut menginjil di Daerah Kudat.

Selepas itu, Pendeta Escend Chong pada masa itu sedang berkuliah di SAUC dipanggil balik melayani Gereja Bandar Kudat. Berikutnya adalah Pendeta George Lee dari Sarawak bertugas di gereja ini. Pada masa inilah gereja ini berkembang pesatnya sebab ramai pemuda-pemudi berbangsa cina masih belajar dan menetap di Kudat. Pada masa ini Cuma anggota Cina saja menceca seramai 70-100 orang.

Peringkat akhir ini.

Kebanyakan anggota (Cina) berhijrah ke tempat lain (Bandau, Kota Kinabalu, Sandakan & Tawau) untuk mencari nafkah. Anggota makin hari makin berkurangan. Puji Syukur kepada Tuhan anggota berbahasa BM bergabung bersama sehingga gereja ini berkembang kembali.

Pada masa Pendeta Feldinand Sawanai bertugas di gereja ini, beliau telah berusaha mengadakan sesi Cina untuk anggota yang berbahasa cina supaya lebih menjangkau jiwa mereka. Usaha ini terus diamalkan sehingga sekarang.

Untuk makluman semua pihak, Gereja Bandar Kudat sangat unik. Ia adalah satu gereja, satu kumpulan Ahli Lembaga Gereja dan mempunyai dua sesi, iaitu sesi BM dan Sesi Cina.

Pendeta-pendeta yang pernah bertugas di Gereja Bandar Kudat secara berurutan;

  1. Pendeta Wong Tat Sang (Hong Kong)
  2. Pendeta Ho Vui Yee (Hong Kong)
  3. Pendeta Liong Kin Ling (KK, Sabah)
  4. Pendeta Lee Peng siong (Hong Kong)
  5. Pendeta Chin Peng Foh (Hong Kong)
  6. Pendeta Arwah Martin Ya’ang (Sabah)
  7. Pendeta Arwah Mahani Gindol
  8. Pendeta Jubilee (Tenghilan, Sabah)
  9. Pendeta Escend Chong (KK,Sabah)
  10. Pendeta George Lee (Sarawak)
  11. Pendeta Kozel Malim (Sabah)
  12. Pendeta Felix Liew (KK, Sabah)
  13. Pendeta Brian Lee (Sandakan, Sabah)
  14. Pendeta Feldinand Sawanai (Tambuluran, Sabah)
  15. Pendeta Brian Lee (Sandakan, Sabah)

 

Disediakan oleh: Pr. Brian Lee, Pastor Daerah Kudat pada masa ini.

0 Comments