Blog

Perkhemahan Alkitab Kanak-Kanak Daerah Rosok

July 10, 2019 • By • in News

Pada 1 dan 2 Jun 2019 yang lalu, Jabatan Pelayanan Kanak-Kanak Daerah Kependetaan Rosok, Wilayah 5 Kota Belud telah mengadakan Perkhemahan Alkitab Kanak-Kanak yang telah diadakan di Perkarangan Gereja CSS Ginapas,Kota Belud. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak betapa pentingnya mempelajari Firman Tuhan dan selain itu ia juga menyediakan peluang pertumbuhan rohani dan persahabatan kepada kanak-kanak.

Daerah Rosok dibawa jagaan Pr. Reey Renzay Peterlyn  terdiri daripada 3 gereja penuh,4 campony dan 4 Cabang Sekolah Sabat.Perkhemahan ini telah disertai oleh 91 org peserta dan 41 orang pengiring yang berdaftar selain daripada ibubapa dan para elder yang turut memberi sokongan kepada program ini.
Peserta Perkhemahan ini telah dibahagikan kepada enam  kumpulan yang masing-masing dibimbing oleh dua orang fasilitator.Setiap kumpulan diwakili oleh 12-14 orang peserta. Setiap peserta bekerjasama dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang perkhemahan adalah seperti Bible qiuz,Talentime,social night, Bible Treasure Hunt dan dua award Adventurer yg telah dijalankan(fitness fun & Rainbow Promise).Setiap acara yang dijalankan amat menarik minat para peserta perkhemahan kerana mereka bukan sahaja didedahkan kepada pembacaan Firman Tuhan tetapi juga dapat bersahabat antara satu sama lain.Keseluruhannya,program perkhemahan ini berjalan dengan lancar.Semua peserta dapat menimba pengalaman baru hasil daripada pengalaman aktiviti perkhemahan ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan diadakan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Laporan disediakan oleh,
Faulinah Sangkor
Penyelaras Jabatan Pelayanan Kanak-Kanak
Daerah Rosok

Koleksi Gambar.



 

0 Comments