Blog

Pemergian Pastor Mahani Gindol Yang Tidak Diduga.

September 29, 2015 • By • in News

MahaniKita dikejutkan dengan kematian secara tiba-tiba Pastor Mahani Gindol pada 5 Mac 2015. Beliau adalah salah seorang hamba Tuhan yang tekun dan penuh dedikasi dalam pekerjaannya. Meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan dalam usia 62 tahun. Ribuan anggota gereja, kaum keluarga dan sahabat taulan telah memberi penghormatan terakhir mereka di gereja PMC Tamparuli dan gereja Pandan, Tenghilan. Dia telah direhatkan di tanah perkuburan Kampung Rani, Tenghilan pada 8 Mac 2015.

Kita sesungguhnya ingin merakamkan penghargaan dan penghormatan kepada beliau dan mengucapakan takziah kepada isteri dan dua orang anak lelakinya.

 

 

0 Comments