Blog

Mesyuarat Agung Kelab Pathfinder Sabah 2016

April 6, 2016 • By • in News

IMG_7043MTC – Mesyuarat Agung Kelab Pathfinder Sabah (KPS) telah diadakan pada 3 April 2016. Sekitar 70 Pathfinder, Master Guide dan Adventurer telah menghadiri Mesyuarat Agung KPS pada tahun ini. Laporan oleh Presiden, Bendahari dan Setiausaha sessi 2013-2016 telah diterima dengan baik dengan beberapa rekomendasi untuk penambahbaikan daripada sidang mesyuarat. Barisan Pegawai-pegawai tertinggi KPS bagi sessi 2016-2019 diterajui oleh MG Lysoniel Juji Lamam (Presiden), MG Elwin Motibih (Naib Presiden), MIT Rolynda Ginsuab (Setiausaha), MIT Aderina Dukit (Timbalan Setiausaha), MG Rosliah Fifee Adriana Malupin,  Ahli-ahli Jawatankuasa: MG Willter G. Asin, MG Charldi Lauren, MG Prisca Susella Tanis, MG Reey Renzay Peterlyn, MG Helmy Hazel Baleh, MG Giftor Ginda. Tahniah dan selamat melayani kepada barisan pegawai KPS yang baru dan jutaan terima kasih kepada barisan pegawai KPS yang lama. Tuhan memberkati.

0 Comments