Blog

Kumpulan Umum Gereja Pinolobuh, Wilayah Gaur Timur

May 26, 2016 • By • in News

Kumpulan Umum

Gereja Pinolobuh, Wilayah Gaur Timur

27 April – 7 Mei 2016

Pengkhutbah : Jim Gabu

Tema: “Pulihkan Kembali Kasih   Mula-Mula”

Pr-JimGAUR- Wilayah Kependetaan Gaur Timur yang terdiri dari Gereja Seventh-day Adventist Pinolobuh, Mangkulat, Bukid dan Komburongoon telah menganjurkan Kumpulan Umum selama 9 malam 1 hari pada 27 April hingga 7 Mei 2016   di Gereja Baru Kg. Pinolobuh, Kota Belud 63 km dari Pejabat Mission Sabah.   Pengerusi panganjur, Pastor Daerah Gaur (Pr. Nium Gabu) bersama Jawatankuasanya, telah bekerja keras sejak awal tahun ini bagi memastikan Kumpulan Umum tersebut berjaya dan lancar serta dapat membangun kerohanian anggota dan tetamu yang hadir, terlebih demi untuk kemuliaan Tuhan.

Selain khutbah rohani, anggota dan para tetamu yang hadir juga telah berpeluang mendapat saringan kesihatan khususnya pemeriksaan kadar gula, kelesterol, lemak dalam badan, tekanan darah dan BMI. Program ini dilakukan oleh Tim Kesihatan Gereja Pinolobuh dan Gaur.  Pameran buku-buku pendidikan rohani dan kesihatan juga dilakukan oleh para LE Kota Belud.

Purata kehadiran setiap pertemuan adalah 130 orang. Tetamu dari non Advent juga hadir khususnya dari denominasi SIB dan RC. Cara penyampaian khutbah yang sederhana dalam bahasa Dusun dan Melayu, menyuntik semangat rohani para hadirin setiap malam, ditambah dengan lagu-lagu rohani yang mengangkat jiwa dari pelbagai kelompok penyanyi Wilayah Gaur Timur.

Pada 7 Mei, acara kemuncak Kumpulan Umum 21 jiwa telah mengambil keputusan untuk dibaptis di Air Terjun Sungai Marangg0i yang juga merupakan pusat pelancongan yang segar dan nyaman di daerah Kota Belud.  Mendahului acara baptisan makan bersama telah diadakan di perkarangan gereja baru Pinolobuh. Pada sebelah petangnya Pengarah Kesihatan Sabah Mission yang juga pengkhutbah sepanjang Kumpulan Umum telah menyampaikan Seminar Kesedaran Kesihatan dan Kerohanian dan program ini telah mengakhiri Kumpulan Umum yang bertema “Pulihkan Kembali Kasih Mula-Mula”.  Puji Tuhan tema ini telah memberi banyak nasihat dan teguran Alkitabiah kepada semua hadirin yang rata-rata menyatakan agar Kumpulan Umum seperti ini diteruskan pada masa yang akan datang.

Malam ke 9 dan Sabat 7hb Mei, mencecah 200+ kehadiran

 

 

0 Comments