Blog

Covid-19 – Makluman Dari Jabatan Kesihatan

March 11, 2020 • By • in Uncategorized

Jabatan Pelayanan Kesihatan Seventh-day Adventist Mission of Sabah, mengambil maklum dengan SERIUS Laporan terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & World Health Organisation (WHO)  mengenai wabak Novel Coronavirus (Covid-19) yang dilaporkan di Wuhan, China. 

Virus Covid-19 disebarkan menerusi titisan kecil bukannya menerusi udara dan ia boleh merebak dalam persekitaran berhawa dingin yang tertutup berbanding di bawah sinar matahari kerana suhu tinggi boleh membunuh virus berkenaan.

Apabila titisan kecil jatuh ke atas lantai ia mati apabila kering tetapi jika anda batuk pada tangan dan tangan menjadi pembawa jangkitan. Justeru, jangan menggosok muka atau mata dengan tangan dan selalu membasuh tangan.

Sejak virus itu merebak menerusi titisan kecil dan bukannya menerusi udara, menggunakan penutup mulut dan hidung (sebagai perlindungan) sudah mencukupi. Jika virus itu tersebar menerusi udara seseorang itu memerlukan topeng N95,”

Antara langkah-langkah kesiapsiagaan yang perlu SEMUA KITA lakukan untuk membendung potensi penuralan penyakit ini adalah:- 

1.         Jangan PANIK; 

2.         Ikuti Langkah-Langkah Melindungi Diri Anda dan Orang Lain daripada 2019-nCov (Novel Coronavirus) :- 

        a.  Segera ke fasiliti kesihatan yang berhampiran untuk menjalani pemeriksaan jika anda demam, batuk, kesukaran bernafas (gejala pernafasan), sesak nafas;

        b.  Sentiasa membawa bersama personal protective equipment (PPE) serta mask serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer);

        c.  Tangguh dulu pelancongan ke luar negara khususnya China sehingga keadaan selamat; 

        d.  Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yg tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun; 

        e.  Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter bila 

             berhadapan dengan individu lain, ladang haiwan ternakan, pasar menjual binatang hidup, pusat sembelihan dan tidak menyentuh sebarang jenis haiwan; 

        f.   Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna; 

        g.  Mereka yang berjumpa dengan dokter untuk mendapat rawatan, perlu memaklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada dokter yang merawat; 

3.         Rakyat Malaysia diseru untuk tidak menyebarkan berita palsu atau berita yg tidak sahih mengenai penularan Covid-19, bagi mengelakkan kebimbangan dan kecelaruan dikalangan rakyat.   

Demikian saranan dan nasihat yang saya petik dari Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) dan World Health Orginisation (WHO). 

Kesetiaan Dalam Gaya Hidup Kristian

Jabatan Pelayanan Kesihatan

Seventh-day Adventist Mission of Sabah

1 Comments

Jim Gabu says:

Isu tidak boleh jabat tangan (hand shake) dan potluck tersirat di gerça ternirait dalam kenyataan d, e dan f

March 11, 2020 • 7:24am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *