Blog

Annual Dinner AY KML 2016

May 26, 2016 • By • in News

Annual Dinner AY KML 2016

LABUAN – Pada 26 Mac 2016 pelajar-pelajar Adventist dari Kolej Matrikulasi Labuan Sesi 2015/2016 (AY KML 15/16) telah mengadakan acara makan malam tahunan mereka di Restoran Fisherman’s Wharf, Wilayah Persekutuan Labuan. Acara tersebut telah dihadiri oleh para ahli AY KML 15/16 dan diturut serta para anggota Labuan Adventist Centre (LAC), pelajar-pelajar Adventist dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan, pelajar-pelajar Adventist dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)  dan juga rakan-rakan dari luar. Acara ini juga turut dihadiri Pengarah Jabatan Komunikasi Sabah Mission, Pastor Heary Healdy Sairin. Antara perkara-perkara yang dilakukan termasuklah persembahan tarian, slideshow dan cabutan bertuah. Acara berlangsung dari jam 6:30 p.m. sehingga 10 p.m.

Untuk koleksi gambar pada acara tersebut, bolehlah klik pada capaian berikut: http://bit.ly/1TaVREz
Saksikan rakaman vlog Annual Dinner ini melalui capaian berikut: http://bit.ly/1XlgQaJ
Sumber Berita: Mr. Atlas B. Niyo.
King and Queen of the Night.

Florine Yunieann (kiri) dan Dannyswill Maratin (kanan) dinobatkan sebagai “King & Queen” pada malam itu

Anggota LAC

Anggota Labuan Adventist Center (LAC) yang turut menghadiri acara makan malam tersebut

DINNER 1

Para ahli AY KML 15/16 yang hadir bergambar bersama Pengarah Jabatan Komunikasi Pastor Heary Healdy Sairin

0 Comments