Blog

Anak-anak Harta Penting…

September 29, 2015 • By • in News

Picture8Jabatan Pelayanan Kanak-kanak Mission Seventh-day Adventist Sabah, telah menganjurkan beberapa siri latihan dan perjumpaan dengan penyelaras-penyelaras kanak-kanak di Wilayah 1,2,3  ,4 (Kota Marudu), Wilayah 5 (Kota Belud) dan Daerah Menggatal baru-baru ini.

KID Training bagi Wilayah 1, 2, 3, dan 4 telah diadakan pada 22 Februari di Gereja SDA Goshen, Kota Marudu. Seramai 81 orang peserta terdiri daripada pastor-pastor, Ketua -ketua Gereja, Penyelaras-penyelaras Pelayanan kanak-kanak, Guru-guru sekolah Sabat dan ibubapa-ibubapa.

Mereka didedahkan dengan pendekatan Kids In Discipleship, penggunaan buku FPK dan FPM, Perancangan dan Pelaksanaan KID serta bengkel, lapor Eloise Karen Mansanah, Setiausaha CHM Unit 1.

CHMDalam pada itu, CHM Wilayah 3 telah menganjurkan latihan Pembangunan Tabiat Anak bertempat di Gereja SDA Damai, Kota Marudu pada 22 Mac 2015. Lebih 140 orang peserta telah mengikuti latihan berkenaan yang telah dijayakan oleh Pn Petronella Albert, Pr. Feldinand Sawanai dan Pn Sharon Laung. Lain-lain fasilitor yang turut menjayakan program itu ialah Pn Jaila Umboris, Pn. Cathrine Kisel, Pn. Jarena Yagang, Pn. Mollysiah Midim, dan Pn. Eloise Mansanah.

Sementara itu, Jabatan Pelayanan Kanak-kanak, Gereja SDA Lobou, Menggatal pula telah menjalankan program Graduasi Kelas Sekolah Sabat kanak-kanak pada penghujung bulan Januari. Seramai 9 orang kanak-kanak telah menyertai program penamatan itu yang telah disempurnakan oleh Pastor Rison Sodundu, Pastor Daerah Menggatal.

Graduation LobouPada 28 April 2015, Pn Sharon Laung, Pengarah Pelayanan Kanak-kanak Misson SDA Sabah, telah membuat perjumpaan dengan lebih kurang 38 penyelaras-penyelaras kanak-kanak , ibubapa, ketua-ketua gereja dan guru-guru sekolah sabat kanak-kanak Wilayah 5 (Kota Belud) bertempat di Gereja SDA Bokilong. Dalam perjumpaan itu, perbincangan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pelayanan kanak-kanak seperti kelas sekolah sabat anak-anak, buku-buku rohani kanak-kanak, dan cara pendekatan yang berkesan untuk memantapkan tabiat Yesus didalam diri kanak-kanak Advent.

 

0 Comments