Blog

Acara Graduation OYIM 2016

April 6, 2016 • By • in News

IMG_6978PMC – Pada jam 3:00 petang pada 2 April 2016, seramai 21 orang ahli di dalam OYIM (One Year in a Mission) telah menamatkan pelayanan mereka di dalam program ini. Di dalam acara penamatan yang di adakan di Gereja Pioneer Memorial Tamparuli yang di hadiri oleh ahli keluarga dan sahabat-sahabat peserta OYIM ini. Satu suasana yang bercampur didalam acara ini, dimana mereka gembira telah menamatkan pelayanan mereka didalam program OYIM tapi dalam masa yang sama merasa sedih untuk berpisah daripada sahabat-sahabat seperjuangan di dalam pelayanan OYIM. Walaupun demikian semangat para ahli OYIM telah di kuatkan oleh pembicara yang dijemput khas pada masa tersebut, iaitu Pr. Jibil Simbah, selaku setiausaha executive mission Sabah. Antara pesanan yang diberikan oleh IMG_6904Pr. Jibil adalah “once a misionary, always a missionary.” Sabah Mission begitu bersukur dengan pelayanan yang mereka telah lakukan dikawasan di mana mereka ditempatkan, dan begitu juga dengan jiwa-jiwa yang telah disentuh sepanjang pelayanan mereka. “Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman.” Matius 28: 18-20

Untuk koleksi gambar-gambar sewaktu graduation ini sila lawat: https://goo.gl/photos/UH2MsW8Ap8kYR9cJ7

0 Comments