President’s Message

Pr. Nelson G. Bendah

Pr. Nelson G. Bendah, Seventh-day Adventist Mission of Sabah, President.

Mengikut nasihat Tuhan melalui Roh Nubuat mengatakan bahawa Keperluan utama dalam kehidupan seorang Kristian pada masa ini ialah “Suatu kebangunan kesolehan yang sejati di kalangan kita adalah keperluan terbesar dan terpenting dari  semua yang kita perlukan. Untuk mencarinya, harus menjadi tugas pertama kita ” I SM 121. Disini Roh Nubuat menjelaskan kepada kita bahawa betapa pentingnya kita mengalami kebangunan Rohani secara peribadi.

Kalau kita imbas kembali 7 tahun yang lalu, setelah Pr Ted Wilson dilantik sebagai Presiden General Conference (GC) untuk penggal 2011 -2015, dia dan para pimpinan yang lain di GC telah mengambil inisiatif dan memperkenalkan beberapa program khas, sebagai contoh Berdoa setiap hari pada setiap jam 7 pagi dan petang (777) , pembacaan Alkitab dan tulisan Roh Nubuat, Berdoa dan Berpuasa Bersama (BBB), Doa 10 Hari  dan sebagainya dengan tujuan agar umat kita di seluruh dunia   akan mengalami kebangunan rohani dan reformasi dalam gaya hidup/amalan kita secara peribadi.   Slogannya “Beritahu Dunia!”  serta tema besar sedunia iaitu “Kebangunan, Reformasi dan Berterusan”. Itulah sebabnya setiap tahun sepanjang lima tahun (2011-2015)  kita ada tema dimana semuanya menekankan “Kebangunan” dan “Reformasi”. Terdapat TIGA fokus utama yang telah diperkenalkan iaitu: Jangkau ke atas, Jangkau ke dalam dan Jangkau ke keluar.

Pada penggal 2016 – 2020 sekali lagi Pr Ted Wilson telah diberi kepercayaan sebagai Presiden GC kita. Ada sedikit perubahan dalam slogannya dan Tiga fokus utamanya iaitu masing-masing “Menjangkau Dunia”, dan  Jangkau ke atas kepada Tuhan, Jangkau ke dalam Bersama Tuhan dan Jangkau ke keluar Bersama Tuhan. Namun,  Selama penggal ini kita masih menekankan “Kebangunan dan Reformasi”.   Itulah sebabnya sejak dari tahun 2011 hingga hari ini,  kita selalu mendengar tema sedunia “Kebangunan dan Rerformasi” ini dinyatakan dalam setiap  pertemuan perbaktian kita sama ada di dalam gereja atau di rumah, melalui pelajaran atau Khutbah   oleh para pemimpin gereja,  para pendeta atau pemimpin kita di Sabah Mission.

Selagi kita tinggal di dunia yang fana ini, kita menghadapi banyak cabaran, ketidakadilan, penderitaan, penyakit, ketakutan dan hidup dengan tanpa rasa aman dan damai, namun kita harus berjuang dalam menghadapi segalanya. Hanya satu yang memberikan kita kedamaian dan ketenangan dalam perjuangan kita ini iaitu Yesus Kristus  kerana “Kristus Kebenaran kita” (Roma 5:1-11) dan  dia sedang mengetok pintu hati kita ( Wahyu 3:20), jangan biarkan pintu hati kita tertutup, terima dan undanglah Dia masuk dalam kehidupan kita.   Kita harus dengan penuh yakin dan percaya bahawa Tuhan mengawal segala sesuatu yang berlaku di dalam dunia ini. Hanya Dia yang dapat membawa semua orang yang percaya dan setia kepadaNya kepada kemenangan akhir dan kemenangan itu adalah kehidupan yang kekal abadi (Yoh 3:16 & Roma 6:23).

Oleh itu, marilah kita singkirkan segala sesuatu perkara yang boleh menghalang kita dalam pertumbuhan rohani kita dan menjejaskan kesatuan dalam gereja kita. Antara gajet yang paling popular dan terkini adalah ‘Smart Phone’.  Dimana-mana dan tanpa mengira masa smart phone mudah digunakan.  Tetapi objek inilah juga biarpun sekecil tapak tangan namun mampu membawa kehidupan kita kearah kehancuran/kebinasaan jika kita tidak bijak menggunakannya dengan betul, sebagai contoh, Sampai lewat malam dan seawal-awal pagi lagi kita melayari ‘FaceBook atau “WhatsApp” tanpa berasa bosan walaupun berjam-jam lamanya. Inilah “smart phone”memukau dan menyeronokkan.  Namun, sedarkah kita bahawa ketika kita dituntut untuk mendekat kepada Tuhan, seperti dalam perbaktian atau pembacaan FirmanNya, kita sering menyatakan seribu satu alasan, seperti  tiada masa, sibuk, penat, kurang sihat dan bermacam-macam alasan lain.  Kita harus INGAT Setan juga dapat menggunakan objek kecil ini sebagai senjata untuk menghancurkan keluarga, merosakan kesatuan dan hubungan yang indah dalam gereja malah membinasakan kehidupan kita sehingga kita tidak dapat memperoleh kehidupan yang kekal.

Marilah kita secara peribadi, atau sebagai rumah tangga kecil iaitu ibu bapa dan anak-anak malah  sebagai keluarga besar umat Tuhan, mengalami kebangunan rohani dan reformasi    dengan mengutamakan Tuhan dan kebenaranNya dalam kehidupan kita.   Buatlah komitment kita pada tahun 2017 ini untuk menyediakan masa yang terindah bersama dengan Tuhan setiap hari iaitu berdoa setiap jam 7 pagi dan petang, serta membaca Firman Tuhan, 1 pasal 1 hari dan juga membaca buku  Roh Nubuat 1 bab dalam 1 minggu. Jika kita bersama dengan Tuhan hidup kita PASTI diberkati dan luarbiasa indah! dan seterusnya kita akan mengalami kebangunan rohani dan reformasi dalam amalan gaya hidup kita secara peribadi. Selamat bersama dengan Tuhan melalui pembacaan dan doa.

 

Salam Agape

Pr Nelson G Bendah

Presiden