Blog

Lawatan AY/KML Sessi 2016/2017

November 15, 2016 • By • in News

kml-16-1 Kudat, Kota Marudu – Pada 9 September 2016, seramai 25 pelajar Adventist dari Kolej Matrikulasi Labuan sesi 2016/2017 (AY KML 16/17) telah melawat gereja Parapat dan Kudat, Kota Marudu. Lawatan ini bertujuan untuk membantu para anak muda kita untuk membina keutuhan dan kemampuan mereka dalam mengendalikan pelayanan bagi Tuhan terutama dalam melalui nyanyian koir dan juga memperkenalkan AY KML kepada anggota-anggota gereja di Parapat dan Kudat. Lawatan bermula pada sebelah pagi di gereja SDA Kudat dengan penyampain beberapa buah lagu yang diselitkan sewaktu khotbah yang disampaikan oleh naib pengerusi Persatuakml-16-2n Pelajar Adventist Kolej Matrikulasi Labuan iaitu saudara Kollid Sohan Jimal. Pada sebelah petang pula, rombongan telah mengadakan konsert mini di gereja Parapat. Pada hari berikutan, para anggota gereja telah membantu dalam hal kenderaan agar para pelajar AY KML dapat melawat ke Tip of Borneo dan Secret Place. Para pelajar berangkat pulang ke tempat asal masing-masing pada tengahari tersebut.

Laporan disediakan oleh: Chelsey Joane Lamam (Setiausaha AY KML 16/17 )

 

 

 

0 Comments