Blog

Kerja Kebajikan

November 15, 2016 • By • in News

Saudara Binito bersama Keluarga

Kg. Marahang, Tombongon – Kebajikan anggota gereja adalah salah satu daripada perkara yang sangat penting untuk di perhatikan oleh anggota-anggota gereja dan juga pemimpin gereja. Sehaluan dengan tema gereja sedunia Seventh-day Adventist, Tell the World, Total Member Involvement, atau “Beritahu Dunia, Penglibatan Penuh Anggota” anggota-anggota gereja Tombongon dibawah pimpinan Pr. Nelver Sikul telah menyahut cabaran tersebut dengan membina sebuah rumah didalam tempoh satu hari pada 13 November 2016 bersamaan pada hari Ahad, untuk kelurga Binito Lamali di Kg. Marahang, Tombongon. Didalam Matius 25:40 mengatakan “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku.”  Saya percaya apa yang dilakukan oleh Pr. Nelver Sikul bersama-sama dengan anggota-anggota gereja di gereja Tombongon ini adalah sesuai dengan kata-kata yang Yesus katakan di dalam Matius 25:40. Terima kasih atas sumbangan Keluarga Sikul, Keluarga Elder Nicko Unui, Cikgu Liah dan juga anggota-anggota Gereja Kitobu atas sumbagan di dalam pembinaan rumah tersebut. Tuhan memberkati semua usaha murni Pr. Nelver Sikul bersama dengan anggota-anggota gereja Tombongon. Seperti yang dikatakan oleh Pr. Nelver sewaktu disoal mengenai kerja kebajikan tersebut.

Pondok Kediaman.

Mereka tingal disebuah pondok yang ditutup dengan kanvas. Pada waktu saya melihat keadaan tempat tinggal Saudara Binito Lamali di Kg. Marahang, Tombongon, hati saya sangat tersentuh untuk menolong keluarga ini untuk menyiapkan rangka rumahnya yang terbiar begitu lama tanpa atap. Pada awal tahun ini saya bertanya dengan mereka di mana rumah mereka, saudara Binito menjawab, “dibawah jalan raya”. Dan saya berfikir mengenai rumah yang dekat dengan sebuah sungai. Awal bulan Oktober kami  pergi melawat tempat tersebut, saya melihat isteri Saudara Binito berdiri di tepi pondok, yang dalam fikiran saya adalah kandang ayam, dan saya bertanya, “dimana rumah kamh?” dan dia menjawab sambal menunjuk pondok tersebut, “itulah rumah kami Pastor?” hati saya begitu terkesan dan menangis melihat keadaan mereka, mereka tinggal diruangan sebesar katil bersaiz King, beralaskan plywood, hasil bantuan kerajaan, dan itu adalah lantai pondok mereka.

Berhampiran dengan pondok tersebut ada sebuah rangka rumah yang sudah lama terbiar, hanya rangka dan tidak mempunyai atap. Zink untuk atap sudah ada hasil batuan daripada kerajaan tetapi belum dipasang disebabkan oleh kekurangan kemahiran dan tidak mempunya wang untuk membeli paku untuk memasang atap tersebut dalam masa yang sama  tidak ada yang sudi membantu mereka. Saya memberikan dia wang yang cukup untuk membeli paku, dan seminggu selepas itu pakciknya telah membantu saudara Binito untuk memasang atap rumah tersebut. Saya mengongsikan pengalaman saya ini kepada anggota-anggota gereja di dalam daerah Inanam khususnya di gereja Tombongon. Hasil daripada perkongsian saya itu saya telah mendapat sumbangan sebanyak RM 335.20 daripada gereja Kitobu, Inanam, RM 1000.00 daripada Gereja Tombongon, RM 1000.00 daripada Elder Nicko Unui, RM 100.00 daripada Cikgu Liah dan RM 2900.00 daripada Keluarga Sikul. Syukur kepada Tuhan, hasil derma ini telah menyiapkan rumah saudara Binito, sekarang keluarga ini sudah boleh tinggal dengan selesa dan dapat tidur dengan aman pada waktu malam. Setelah selesai membaiki rumah saudara Benito, ada lagi lebihan berkat daripada hasil daripada duit sumbangan yang telah di punggut, dan baki wang tersebut telah digunakan untuk membangun Cabang Sekolah Sabat di Tomburiudon, Tombongon. Terima kasih kepada anggota-anggota gereja Tombongon kerana dengan rela hati dan gembira membantu didalam membaiki rumah saudara Binito.”

whatsapp-image-2016-11-15-at-9-52-59-am whatsapp-image-2016-11-15-at-9-53-00-am whatsapp-image-2016-11-15-at-11-29-38-am

whatsapp-image-2016-11-15-at-11-28-24-am

0 Comments