Blog

KEM KESIHATAN & PELAYANAN MASYARAKAT

November 24, 2016 • By • in News

kem-kesihatan-4Kg. Tomis Lama, Kiulu. Dalam usaha menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan, Jabatan Pelayanan Kesihatan Mission Sabah melalui Unit Pelayanan Masyarakat Adventist dengan kerjasama Penal Penasihat Klinik Kesihatan Tamparuli  telah menganjurkan Kem Kesihatan dan Pelayanan Masyarakat kepada komuniti di Kg. Tomis Lama, Kiulu pada  11 November 2016.  Penyelaras Unit Pelayanan Masyarakat Adventist, Sabah Mission (Pr. Jim Gabu) bersama Jawatankuasa  Penal Penasihat Klinik Kesihatan Tamparuli, serta Klinik Pergigian Hospital Tuaran telah berjaya melayani lebih 150 orang kampung termasuk murid-murid SK. Tomis Lama, yang hadir mendapat konsultasi perubatan dan rawatan pergigian secara percuma.

Objective Program ini diadakan adalah membantu menyedarkan masyarakat Kg. Tomis Lama mengenai pentingnya pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD) daripada berusaha mengubatinya. Kesedaran mengenai kesihatan dikalangan masyarakat kampung di Sabah umumnya masih ditahap rendah hingga menyebabkan mereka sendiri gagal mengesan penyakit yang dihadapi. Perkara itu dikesan berpunca daripada sikap masyarakat sendiri yang tidak peka selain gagal menjalani kehidupan secara sihat.  Amalan bersenam dan pengambilan diet seimbang sukar untuk ditunaikan sebaliknya pemilihan makanan berisiko tinggi yang mendorong kepada sakit berbahaya seperti jantung, darah tinggi serta diabetes menjadi pilihan utama.  Alasan yang diberikan cukup mudah iaitu tidak mempunyai waktu senggang untuk menyediakan makanan berkhasiat hingga terpaksa memilih menu luar terutama makanan segera.

Selain konsultasi perubatan dan rawatan pergigian, anggota masyarakat yang hadir juga telah berpeluang mendengar ceramah kesedaran kesihatan, yang disusuli dengan program tanya-jawab.  Ceramah kesedaran kesihatan telah disampaikan oleh Dr. George Mathew (Pakar Perubatan Keluarga), Cik Marlinah Lansitim (Jurupulih Perubatan Fisioterapi), Pn. Siti Rosanozei Abdullah (Jurupulih Perubatan Carakerja) sementara kunsultasi perubatan telah dikendalikan oleh Dr. Joycelyn Gillian Masilung, Dr. Geoge Mathew, PPP Jaikol Gipin, PPP Jerrly Jousin sementara khidmat rawatan pergigian dikendalikan oleh Dr. Mohd. Farkahan dan Dr. Fauzan Kemal.  Lebih 10 jururawat dari Klinik Kesihatan Tamparuli, Klinik Kesihatan Simpangan (Nabalu), dan Klinik Pergigian Hospital Tuaran telah membantu para dokter melakukan saringan kesihatan khususnya pemeriksaan tekanan darah, BMI, kesihatan gigi, kadar gula dan kelesterol.

Harapan Mission dan Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui program kemasyarakatan seperti ini, masyarakat diharap mengambil tumpuan serius terhadap kesihatan diri bagi memastikan penyakit berbahaya seperti jantung, darah tinggi dan diabetes dapat dijauhi.

0 Comments