Blog

AY KML melakukan kerja amal di Sekolah Rendah Advent Gaur, Kota Belud

May 12, 2016 • By • in News

GAUR, KOTA BELUD – Pada 31 Januari 2016, seramai 22 pelajar Adventist dari Kolej Matrikulasi Labuan sesi 2015/2016 (AY KML 15/16) telah membuat kerja amal di Sekolah Rendah Advent Gaur (SRAG). Kerja amal ini dilaksanakan sempena lawatan AY KML 15/16 ke gereja SDA Gaur pada hari sebelumnya. Kerja amal ini melibatkan ahli AY KML 15/16 membantu pihak sekolah untuk melukis mural dan mengecat beberapa bahagian sekolah tersebut. Terlibat sama dalam gotong-royong tersebut adalah guru-guru dari Sekolah Rendah Advent Gaur. Acara bermula sekitar jam 10 pagi dan tamat pada sekitar jam 4pm.

Saksikan rakaman vlog rombongan ini melalui capaian berikut: http://bit.ly/1TQ6jRT
Berita Disediakan oleh: Mr. Atlas Besik Niyo
KERJA AMAL1

AY KML 15/16 bersama dengan guru-guru SRAG bergambar dengan hasil usaha mereka

0 Comments