Blog

AY KML 15/16 Melawat Gereja SDA Gaur & Rangalau, Kota Belud

May 12, 2016 • By • in News

GAUR, KOTA BELUD – Pada 30 Januari 2016, seramai 25 pelajar Adventist dari Kolej Matrikulasi Labuan sesi 2015/2016 (AY KML 15/16) telah melawat gereja Gaur dan Rangalau, Kota Belud. Lawatan ini bertujuan untuk membantu para anak muda kita untuk membina keutuhan dan kemampuan mereka dalam mengendalikan pelayanan bagi Tuhan terutama melalui nyanyian koir dan juga untuk memperkenalkan AY KML kepada anggota-anggota gereja di Gaur dan Rangalau. Rombongan ini turut diiringi oleh seorang pensyarah dari Kolej Matrikulasi Labuan iaitu En. Atlas Besik Niyo. Lawatan bermula pada sebelah pagi di gereja SDA Gaur dengan penyampaian 4 buah lagu yang diselitkan sewaktu khotbah yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Komunikasi Mission Sabah, Pastor Heary Healdy Sairin. Pada sebelah petang, rombongan telah mengadakan sebuah konsert mini di Gereja SDA Rangalau dan telah menyampaikan 11 buah lagu. Selepas itu mereka juga turut serta dalam acara “Social Night” yang dianjurkan oleh para anggota gereja.

Untuk koleksi video nyanyian rombongan sewaktu lawatan ini, boleh layari ke laman sesawang berikut: http://bit.ly/1QTQCVj
Berita disediakan oleh: Mr. Atlas Besik Niyo.
GAUR 1

Ahli rombongan AY KML 15/16 di Gereja SDA Gaur, Kota Belud.

GAUR 2

Presiden AY KML 15/16, Onesiforus Yabat, memberikan cenderahati kenangan kepada Pastor Daerah Gaur, Pastor Nium Gabu.

0 Comments